fbpx
Nasional

Polis terpaksa ambil tindakan tegas terhadap individu ingkar SOP

PAGI tadi tular seorang pengguna laman sosial Facebook yang mendakwa dirinya telah dilayan dengan kasar oleh anggota polis.

Menurut pengguna laman sosial itu, dia ditahan di dalam sebuah pusat beli belah di Setapak kerana didakwa tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Namun, pengguna laman sosial tersebut menyatakan rasa tidak puas hati dengan layanan pihak berkuasa dan mendakwa dia tidak melakukan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya sentiasa memandang serius isu ingkar pematuhan operasi standard (SOP) oleh mana-mana individu.

“Kita akan terus mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu tanpa prejudis jika didapati gagal mematuhi SIP dan peraturan yang ditetapkan.


“Perkara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan bagi mencapat matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Rajab Ahad, sesiapa yang telah dikenakan kompaun mempunyai hak dan boleh membuat rayuan dan kemukakannya di Mahkamah mengikut saluran yang ditetapkan untuk proses semakan semula kompaun tersebut.

Jelasnya, pihaknya juga mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button