Jenayah

‘’Untunglah naik kereta, OKT lain naik black Maria je’’- Netizen luah rasa kecewa

‘’Untunglah naik kereta, OKT lain naik black Maria je’’, itu lah kata-kata dari netizen luah rasa kecewa terhadap sikap badan beruniform, pihak polis, seperti  membezakan layanan terhadap orang biasa dan pegawai.

Menurusi vedio yang tular di media sosial, sebaik tamat prosiding terhadap pegawai polis melanggar calon SPM, tertuduh diriingi oleh lima buah kereta milik PDRM untuk membawa keluar dari Mahkamah  Majistret Ipoh pada hari ini.

Luahan netizen

Dikatakan, tertuduh yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendent, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun melanggar calon SPM dari sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh Perak sehingga menyebabkan kematian Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki pada hari ini di hadapan Majistret, S.Punitha, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara 40 tahun dengan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Dalam masa yang sama pihak polis telah mengambil langkah kawalan ketat di sekitar lokasi mahkamah.

Terdahuku Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Mohd Zamri di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati Meruantara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari pada 15 Disember lalu.

Artikle Berkaitan :>

Pegawai polis ditahan bantu siasatan berhubung kematian pelajar calon SPM 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button