Jenayah

Samun pekerja kilang, enam lelaki ditahan

ENAM lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat kes samun bersenjata di sebuah asrama pekerja kilang di kawasan industri Rawang, Selangor pada Sabtu lalu.

Kesemua suspek yang berusia 24 hingga 61 tahun terbabit ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Bandar Country Homes, Rawang pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya turut merampas 14 telefon bimbit, lima buah motosikal dan dua bilah parang dipercayai untuk kegiatan samun.

“Lima suspek berkenaan memiliki rekod jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, pihaknya kini sedang mengesan suspek-suspek lain yang terlibat dengan kes tersebut.

Tambahnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula kelmarin dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button