Jenayah

Youtuber direman terlibat kes bunuh teman wanita

SUSULAN kes teman wanita seorang Youtuber meninggal dunia akibat dipukul, polis tahan empat individu bagi membantu siasatan.

Penahanan individu terbabit adalah Youtuber itu sendiri dan tiga lagi rakannya.

Dilaporkan wanita yang berasal dari Melaka itu mengalami kecederaan parah akibat dipukul teman lelakinya sebelum meninggal dunia.

Difahamkan, pergaduhan yang berpunca daripada cemburu itu bermula dengan pertengkaran sebelum suspek memukul mangsa dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar tiga hari lalu dan kelmarin bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan

“Seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal sebelum dimaklumkan pihak polis oleh seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP) pada 10.39 malam, sabtu.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa yang juga seorang Youtuber meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di HPP.

Perintah reman dikeluarkan kepada empat individu berkenaan sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh. – Berita Harian – SM

(Visited 761 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button