Kecek

Apa nasib dan masa depan Nazik, anak yatim piatu

GAMBAR seorang kanak-kanak yang berstatus anak yatim, Nazik yang terselamat dalam runtuhan selepas bangunan tempat dia berlindung di Wehda di tengah Gaza ranap dibom rejim Zionis bulan lepas.

Gambar Nazik mengundang simpati pelbagai pihak. Maklumat yang diperolehi, hidup Nazik penuh degan ujian.

Dia kehilangan ibu kandung ketika dilahirkan dan sejak itu dibesarkan oleh ibu saudaranya, Diana Abu Al Awf.

Kini, nasibnya terkontang-kanting kerana ibu saudara yang menjaganya meninggal dunia ketika mendapat rawatan akibat kecederaan pengeboman baru-baru ini.

Umur Nazik tidak sampai tiga tahun dan ujian yang dilaluinya begitu hebat. Ya Allah.  Ringankanlah beban yang ditanggungya…

Hasbunallah wa ni’ma wakiil. – SM

(Visited 5,285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button