KecekLuar Negara

PBB minta sempadan Syria dibuka

Oleh Razali Awang Media Syria Care

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meminta lebih banyak sempadan dibuka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Syria.

Perkara berkenaan disuarakan beliau ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York pada Selasa.

“Tindak balas merentas sempadan berskala besar selama 12 bulan seterusnya menjadi perkara asas untuk menyelamatkan nyawa” katanya.

Dalam ucapan yang sama Guterres menekankan konflik di Syria tidak dapat diselesaikan melalui ketenteraan.

Situasi di negara berkenaan ketika ini adalah tergantung “”tidak ada perang, tidak ada perdamaian”.

Kenyataan itu merujuk kepada keadaan di bahagian utara dan barat laut negara itu yang berada di bawah penguasaan kumpulan anti Presiden Bashar al Assad.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Duta Jerman ke PBB Christoph Heusgen menempelak Rusia dan China supaya tidak lagi menggunakan kuasa veto bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mangsa konflik di Syria. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button