albatros

Ikhlas.com lancar pakej golf berpatutan

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (ikhlas.com) melancarkan pakej golf premium pada harga berpatutan.

Pakej antarabangsa 4 hari tiga malam di Jakarta adalah bermula dari RM1,690, meliputi semua termasuk permainan golf 18 lubang, bayaran buggy dan kedi, serta penginapan beserta sarapan dan pemandu berbahasa Inggeris.

Pakej tempatan 3 hari dua malam di Langkawi adalah bermula dari RM1,490 dengan peluang bermain golf di The Els Club Teluk Datai dan Gunung Raya Golf Resort, pakej golf di Sabah.

Ketua Pegawai Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, sebanyak 140 pemain golf menyertai kejohanan anjuran syarikat berkenaan di Kota Seriemas yang disekalikan dengan pelancaran pakej berkenaan.

Hadiah lumayan seperti pakej umrah dan tiket penerbangan diberi kepada para pemenang.

Dilancarkan semasa pandemik Oktober 2020, Ikhlas.com merupakan platform kembara patuh syariah.

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button