Belang Bertempat

RCI PULAU BATU PUTIH MESTI TELUS, ADIL DAN PROFESSIONAL

Jangan cemarkan reputasi negara dengan menubuhkan sebuah RCI yang tidak professional serta tak bersikap adil dan saksama.

Undang-undang tetap undang-undang yang harus dihormati oleh semua pihak dan undang-undang bukan untuk digunakan bagi menganiayai pihak tertentu.

Semua pihak kena faham bahawa satu dunia sedang memerhati kes RCI mengenai Pulau Batu Putih yang bukan saja bakal menjadi topik hangat di negara kita.

Selain dari rakyat tempatan yang mahukan kebenaran sebenar mengenai isu Pulau Batu Putih; warga antarabangsa turut mengikuti perkembangannya.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang amat arif dengan kes Pulau Batu Putih sudah pasti akan mengikuti perkembangan ini juga.

RCI mesti bersikap telus, adil dan saksama serta berfungsi secara professional agar ianya tidak ditertawakan oleh warga tempatan mahupun antarabangsa.

Insya-Allah keseluruhan rakyat Malaysia dan warga luar negara akan mengetahui kebenarannya berteraskan fakta hakikat dalam sedikit masa lagi.

Jangan jadikan RCI sebagai satu platform untuk memfitnah, memalukan seterusnya bagi berniat untuk mengenakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana sesiapapun sukar untuk memfitnah dan memutar-belitkan fakta bagi mengenakan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau adalah seorang tokoh negarawan yang berpegang erat pada prinsip mahupun etika bekerja secara amanah.

Sebahagian dari anggota kabinet PH masakini yang menganggotai kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018 amat memahami etika serta prinsip kerja beliau.

Sebab itulah ramai daripada anggota kabinet masakini ‘diam seribu bahasa’ dan tidak mahu komen langsung mengenai isu Pulau Butih Putih kerana mereka tahu asas kebenarannya.

Kes untuk tidak teruskan rayuan mengenai Pulau Batu Putih dipersetujui oleh anggota jemaah kabinet pada waktu itu secara kolektif di mana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di kala itu.

Ramai orang tidak sabar untuk melihat kebenarannya dan sesungguhnya juga, Allah swt akan memelihara pihak yang benar. Ameen.

Cuma yang pentingnya setelah selesai mengenai siasatan RCI mengenai Pulau Batu Putih di mana ‘rumah sudah siap’ maka ‘jangan lagi pahat berbunyi’ selepas itu.

Saya amat yakin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengorak langkah secara ‘penuh keyakinan’ untuk menghadapi keseluruhan anggota RCI. Insya-Allah. Ameen

Yang Benar,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
ADT Muafakat Nasional
9 Jun 2024

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button