Analisis

Berani buat, berani tanggung

1. Ada pepatah Melayu kata ” *Berani Buat, Berani Tanggung.*”

Maka, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilihat perlu ada keberanian untuk mengistiharkan ke Enam-Enam kerusi Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Kerajaan Perpaduan sebagai kosong dan Pilihanraya Kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

2. Pakar Perlembagaan Negara, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Abd. Aziz menyatakan pandangannya bahawa Speaker Dewan Rakyat perlu meneliti dan menilai.peruntukkan terkandung didalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 10.4 Perlembagaan Parti BERSATU.

Perlembagaan Parti BERSATU dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri, *TIDAK PATUH ARAHAN PARTI*, maka setelah mendapat makluman secara bertulis daripada Setiausaha Agong Parti, Ahli Parlimen atau ADUN tersebut *TERHENTI KEAHLIAN-NYA.*

Dengan Terhenti Keahliannya, mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, kalau seseorang Ahli Dewan Rakyat tidak lagi menjadi Anggota parti politik.

Maka, kerusinya kosong dan tidak lagi menjadi Ahli.

Bermakna, apabila Ahli Parlimen tersebut menerima notis daripada parti (BERSATU), saat itu kerusi Parlimen-nya kosong.

3. Orang yang dilihat bertanggung-jawab untuk tetapkan *STATUS KEKOSONGAN* kerusi Parlimen ini adalah Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat perlu meneliti kedua-dua Perkara didalam kedua-dua Perlembagaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Speaker Dewan Rakyat juga dilihat perlu mendapatkan khidmat nasihat Undang-undang dari Pejabat Peguam Negara sebelum membuat keputusan.

4. Speaker Dewan Rakyat boleh mengambil jalan mudah dengan menolak permohonan parti BERSATU untuk mengosongkan 6 kerusi Parlimen tersebut dengan memberikan pelbagai alasan.

Tetapi hakikatnya, sekiranya Speaker Dewan Rakyat mengambil *KEPUTUSAN YANG SALAH* walaupun telah diberi nasihat untuk mengosongkan kerusi-kerusi tersebut.

Parlimen Malaysia akan dilihat oleh *DUNIA POLITIK ANTARABANGSA* seolah-olah sebagai *SATU COMEDY HOUSE* yang tidak Serious dan tidak berpegang kepada Amalan Demokrasi seperti Parlimen-Parlimen lain di Dunia.

5. Amat memalukan Perdana Menteri sekiranya ini berlaku.

Akhirnya, pada pandangan saya *BE A GENTLEMAN.*

Umum 6 kerusi Parlimen tersebut kosong. Adakan Pilihanraya Kecil dan serahkan semula mandat kepada Rakyat untuk tentu pilihan mereka.

*SEKIAN.*

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button