Belang Bertempat

Kewarganegaraan hendak, bahasa Melayu tak nak belajar!!!

PENYAKIT apakah ini? Warganegara hendak, bahasa Melayu tak hendak belajar.

Sudahlah dikhabarkan status warganegara Malaysia dijadikan bahan jual beli demi sokongan politik, apabila disuruh belajar Melayu pelbagai pula diberi alasan.

Negara ini tidak mengamalkan sistem dan dasar perkauman, tetapi pada masa yang sama negara ini tidak memerlukan warganegara yang tidak tahu menghormati bahasa kebangsaan negara ini iaitu bahasa Melayu.

Kalau terlalu berbangga dengan bahasa sendiri, tinggal sahajalah di negeri sendiri.

Lihat sahaja orang Bangladesh, mereka datang ke negara ini dan dalam masa singkat mereka sudah berbahasa Melayu. Namun, mereka sering dipandang rendah.

Insaflah. Orang politik janganlah jadi gadai negara ini demi keuntungan politik.

(Visited 59 times, 5 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button