Luar Negara

Pelitup hidung ‘kosk’ jadi kontroversi

KOREA Selatan memperkenalkan satu jenis pelitup muka baharu yang hanya menutup hidung yang digelar ‘kosk’ sehingga mengundang kontroversi.

Kosk merupakan gabungan bahasa Korea iaitu ‘ko’ bermaksud hidung dan mask bermaksud mask itu dijual oleh syarikat Atman di Korea Selatan.

Difahamkan, pelitup muka tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut pemakai terdedah atau memberikan tahap perlindungan semasa makan.

Nampaknya, kosk direka untuk memberikan beberapa tahap perlindungan terhadap Covid-19 ketika makan tetapi ia juga boleh dipakai dalam mod hidup sahaja pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, penjualan kosk telah mengundang kontroversi media barat apabila mereka mendakwa ia sebagai aksesori muka yang tidak berkesan langsung mengekang penularan Covid-19.

“Tiada perbezaan dengan orang yang memakai pelitup muka di bawah hidung mereka,” komen seorang pengguna Twitter.

Namun, kajian mendapati hidung merupakan laluan paling mudah untuk koronavirus memasuki tubuh manusia dan pakar kesihatan percaya bahawa pelitup hidung tersebut adalah lebih baik daripada mereka yang tidak memakai pelitup muka sama sekali.

Pelitup kosk mendapat penarafan lima bintang di platform dalam talian Coupang di mana sepeket yang mempunyai 10 pelitup dijual dengan harga 9,800 won (RM34). -SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button