Analisis

Kalau pembangkang tidak boleh bersangka jahat dengan kerajaan, tutuplah Parlimen

SEJAK semalam sidang Dewan Rakyat sangat panas.

Ia berikutan speaker dewan telah “kencing” pihak pembangkang.

Selepas usul pembangkang untuk membahaskan penarikan 47 kes Datuk Seri Zahid Hamidi ditolak, speaker berjanji untuk memberi ruang perkara itu dinyatakan di dalam dewan.

Bagaimanapun speaker telah mungkir janji apabila menangguhkan persidangan sebaik Perdana Menteri selesai membentangkan kajian separuh penggal RMK-12.

Hari sidang dewan panas mengecam tindakan speaker semalam sehingga ada kenyataan menyebut speaker mewakili kerajaan pembohong.

Wakil rakyat kerajaan bangkit mengingatkan tentang peraturan mesyuarat yang tidak membenarkan mencipta sangkaan burun terhadap ahli dewan yang lain.

Bagaimanapun Syed Saddiq bangkit menjelaskan bahawa sangkaan itu ditujukan kepada kerajaan kerana cakap tidak serupa bikin.

Bercakap soal membanteras korupsi, pada masa yang sama membebaskan koruptor.

Akhirnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memutuskan akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, mereka akan dipanggil bagi memberi penjelasan susulan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

“Saya sebagai pengerusi jawatankuasa telah keluarkan kenyataan bahawa jawatankuasa akan mengadakan prosiding.

“Kita akan panggil kedua-dua Peguam Negara untuk memberikan penjelasan. Kenyataan media telah dikeluarkan dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Memang tugas pembangkang untuk bersangka buruk dan kerajaan pula mengemukakan bukti. Itulah namanya semak dan imbang.

(Visited 963 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button