AnalisisPolitik

Zuraida lompat dan letak jawatan tandanya dot dot

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berhasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida dalam satu kenyataan pada Khamis bagaimanapun berkata, beliau akan kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan pendirian PBM.
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut memaklumkan, beliau akan berjumpa dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai peletakan jawatannya sebagai menteri kabinet.

Bagaimanapun apa yang berlaku tidak mengejutkan kerana bukan pertama kali beliau melompat parti, kerana sebelum ini beliau merupakan pemimpin PKR. Persoalannya kini apakah ini bermakna rakan sekutu beliau Datuk Seri Azmin Ali juga akan melompat.

PBM dikhabarkan memang diwujudkan untuk platform Azmin jika beliau memutuskan untuk keluar dari Bersatu. Senario ini juga menunjukkan pilihan raya semakin hampir.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri perlu melakukan rombakan Kabinet bagi mengisi jawatan menteri yang sangat penting itu. Tidak kira pilihan raya akan diadakan dalam masa tersekat atau tahun hadapan. Namun satu lagi persoalan timbul apakah Ismail Sabri akan melantik menteri baharu dalam kalangan orang UMNO atau Pas, Bersatu serta komponen lain.

Baca artikel ini > Muhyiddin bakal kemuka nama baharu kepada PM ganti Zuraida

(Visited 1,237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button