Nasionalpilihan

Chegubard didakwa atas tuduhan fitnah, hasutan

Aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, didkawa atas dua pertuduhan fitnah dan hasutan jenayah di mahkamah sesyen jenayah siber Kuala Lumpur hari ini.

Badrul yang diwakili Rafique Rashid Ali mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali.

Dia dikenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Semalam, Rafique berkata Bukit Aman telah memaklumkan kepadanya bahawa Badrul akan didakwa dengan fitnah jenayah kerana “menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong”.

Pertuduhan kedua membabitkan kenyataan berbaur hasutan yang disiarkan dalam talian berhubung pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pengasas KK Mart, Datuk Seri Chai Kee Kan bulan lepas.

 

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button