Ekonomi

SOMMNI dan PONEY jalin kerjasama, salur bantuan kepada rumah anak-anak yatim di Lembah Klang

JENAMA produk kelengkapan bilik tidur yang kian dikenali, SOMMNI Bedding (SOMMNI), dan jenama pakaian kanak-kanak terkemuka, PONEY Group (PONEY), telah mengumumkan satu kerjasama dengan memperkenalkan siri produk bilik tidur kanak-kanak di semua cawangan PONEY seluruh negara.

Majlis pengumuman tersebut yang berlangsung di PONEY, IOI City Mall memberi penekanan terhadap komitmen bersama kedua-dua buah syarikat bukan sahaja dalam menawarkan produk berkualiti untuk kanak-kanak tetapi juga dalam menyumbang kepada komuniti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri

Sebagai tanda bermulanya kerjasama antara mereka, SOMMNI dan PONEY telah menganjurkan Hearts & Homes: Pelancaran Amal Aidilfitri yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

Seiring dengan pengumuman kerjasama mereka, SOMMNI dan PONEY telah menyumbang sebanyak 100 tilam khas daripada rangkaian produk bilik tidur terbaru mereka berserta pakaian baru kepada rumah kebajikan anak-anak yatim yang berjumlah sekitar RM55,000.

Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan penganjuran aktiviti riang untuk anak-anak yatim yang hadir bersama rumah-rumah penjagaan mereka di mana mereka diberi peluang untuk memilih beberapa barangan yang terdapat dalam premis PONEY untuk dibawa pulang sebagai hadiah.

Nancy dalm ucapannya berkata, “Kerjasama seperti ini (antara SOMMNI dan PONEY) membuktikan bahawa kita semua boleh dan perlua memainkan peranan mengikut kapasiti masing-masing dalam memberi impak yang besar kepada masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan. Dalam konteks pembangunan masyarakat, kita tidak boleh lupa akan tanggungjawab kita untuk memastikan setiap individu, terutamanya golongan yang terpinggir, mendapat akses kepada sumber dan sokongan yang mereka perlukan.”

Ketua Pegawai Eksekutif, SOMMNI Sdn. Bhd., Kevin Tan

SOMMNI, yang ditubuhkan pada tahun 2017, bermula dengan membekalkan tilam lebihan yang diperoleh daripada bahagian eksport & pembuatan OEMnya untuk dijual pada harga yang berpatutan di pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, wabak Covid-19 mendorong SOMMNI untuk membuat satu penilaian semula ke atas strategi perniagaan mereka lalu tercetuslah penjenamaan semula Sommni sebagai satu jenama produk yang bermotifkan ‘Tilam Dalam Kotak’ atau ‘Mattress in a Box’.

Selepas fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berlangsung selama dua tahun, SOMMNI kemudiannya melancarkan tilam ‘SOMMNI’ pertamanya, diikuti dengan penambahan rangkaian produknya sehingga merangkumi 40 produk yang berbeza pada hari ini untuk pengguna langsung, hotel, hostel, syarikat reka bentuk dalaman, dan lain-lain.

Petukaran MoU bersama PONEY dan SOMMNI

Peluang untuk bekerjasama dengan PONEY muncul pada bulan Ogos 2023 untuk menghasilkan siri kelengkapan tidur bayi dan kanak-kanak yang baru. Walaupun SOMMNI tidak mempunyai latar belakang dalam pembuatan dan penjualan barangan kanak-kanak atau bayi, perbincangan dengan PONEY membuahkan satu komitmen bersama bukan sahaja untuk membantu tumbesaran kanak-kanak melalui produk masing-masing, tetapi juga terhadap tanggungjawab sosial korporat.

Kevin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif SOMMNI pula berkata, “Di SOMMNI, kami berpandukan kepada komitmen bersama untuk melakukan amal jariah, sama ada secara individu mahupun sebagai sebuah perniagaan. Kami mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh rumah-rumah anak yatim dalam menyediakan keperluan asas seperti tilam, terutamanya di kala kenaikan kos sara hidup. Tidur adalah penting untuk perkembangan fizikal dan mental, terutamanya untuk kanak-kanak, maka oleh sebab itulah kami berdedikasi untuk memastikan bahawa golongan kanak-kanak yang memerlukan mempunyai akses kepada kelengkapan tidur berkualiti. Matlamat kami adalah untuk menyokong tumbesaran mereka agar mereka boleh membesar dengan sebaik mungkin, berjaya dalam hidup dan menyumbang semula kepada masyarakat.”

“Sebagai peneraju pasaran pakaian kanak-kanak, kami sedar akan keperluan untuk menyumbang semula kepada komuniti. Oleh itu, kami rasakan program Hearts & Homes: Pelancaran Amal Aidilfitri ini amat penting lebih-lebih lagi apabila dianjurkan bersempena dengan pengumuman kerjasama antara kami dan SOMMNI. Kami harap dengan bersama-sama menggembleng tenaga, kepakaran dan dedikasi kepada kebertanggungjawaban sosial, kami boleh membawa perubahan positif yang lebih meluas dan efektif kepada masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak yang memerlukan,” menurut Amanda Tan, Ketua Barang Dagangan PONEY.

Ketua Barang Dagangan, PONEY Group, Amanda Tan

Sebagai langkah ke arah memperkembangkan dan mempelbagaikan operasi mereka, SOMMNI mendedahkan cita-cita mereka untuk lima tahun yang akan akan datang, dengan matlamat untuk bukan sahaja dikenali sebagai jenama kelengkapan tidur semata-mata tetapi juga untuk mengembangkan perniagaan agar SOMMNI dapat menjadi pemain utama dalam sektor kelengkapan rumah dan gaya hidup.

Tonggak kepada matlamat ini ialah aspirasi untuk menjadikan SOMMNI sebagai sebuah syarikat yang terus berkembang melampaui sempadan sektor kelengkapan rumah dan gaya hidup. Syarikat tersebut menyasarkan untuk melaksanakan penawaran awam melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

(Dari kiri) Ketua Barang Dagangan, PONEY Group Amanda Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Nordina Haron, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Hajah Nancy Shukri,
Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, dan Ketua Pegawai Eksekutif SOMMNI Sdn. Bhd. Kevin Tan

Barisan produk SOMMNI X PONEY yang diperkenalkan pada majlis tersebut termasuk koleksi yang merangkumi katil bayi dan kanak-kanak, dua pilihan tilam, tiga jenis bantal dibuat khas untuk kategori umur yang berlainan, masing-masing lengkap dengan cadar dan sarung bantal percuma. Selain itu, rangkaian produk tersebut telah melalui proses pemilihan bahan-bahan yang ketat bagi memastikan kualiti tilam dan bantal yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Majlis tersebut juga menandakan PONEY di IOI City Mall sebagai cawangan pertama yang menawarkan barisan produk baru SOMMNI X PONEY manakala koleksi tersebut akan mula dijual di kesemua 42 cawangan PONEY dalam masa terdekat. – SM

Artikel berkaitan > Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan berkuat kuasa 1 September – Nancy Shukri

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button