JenayahNasionalNegeri

Dron PGU patahkan seludup 30kg ganja bernilai RM93,000

PENGGUNAAN dron oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berjaya mematahkan cubaan seludup 30 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM93,000 di sempadan Malaysia-Thailand dekat Chuping, Padang Besar, pada pukul 4.45 pagi, 27 April lalu.

Sekaligus pihak polis berjaya menyelamatkan ia daripada digunakan oleh 150,000 penagih.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharudin apabila penggunaan dron ini telah berjaya mengesan kehadiran sebuah pikup bernombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.30 pagi.

Baderulhisham menunjukkan sebahagian 1,020 kg ketum yang dirampas pada sidang media di IPK Perlis.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat maka Pasukan Gerak Am (PGA) BN 1 telah bergerak ke tempat berkenaan iaitu Sektor Charlie 15 Berhampiran Tiang BKH/PB G 0655 pada pukul 4.45 pagi.

Sebaik sampai ke lokasi katanya, telah ditemui tiga guni warna putih yang didalamnya berisi 30 ketulan mampat bersalut kertas aluminium foil berwarna emas yang disyaki ganja bernilai RM93,000.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu Baderulhisham berkata, kejayaan kedua pula rampasan 1,020 kilogram daun ketum bernilai RM10,200 di Kampung Wang Kelian, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis pada pukul 2.30 petang pada 27 April lalu yang bertindak atas maklumat telah berjaya menahan seorang suspek lelaki Melayu berusia 20 tahun.

“Suspek dipercayai ketika itu sedang memasukkan bungkusan guni ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang bernombor pendaftaran Thailand,” katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan telah dijumpai 30 guni berjahit yang didalamnya disyaki mengandungi daun ketum.

Baderulhisham berkata, modus operandi adalah dengan membuat pembungkusan semula di kawasan semak sekitar Kampung Wang Kelian sebagai transit sebelum dihantar ke negara jiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Tambahnya, suspek direman tiga hari mulai 28 April.

Malah katanya, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine ini juga mempunyai dua rekod lampau kes dadah. – SM

BACA Kastam Perlis tumpaskan cubaan seludup aksesori kereta, udang

(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button