Hiburan

Ratu Rock Ella kembali dengan Konsert Rockestra pada 9 Ogos ini

PENYANYI ratu rock Malaysia tidak lain tidak bukan, Ella bakal mengadakan sebuah konsert ‘Jilid Rockestra Ella : Rockers Juga Manusia’ pada 9 Ogos 2024 ini bertempat di Hall KLCC.

Hitman Solutions dan Rock Queen sekali lagi bekerjasama dengan Ella dalam menjayakan konsert akan datang, menurutnya mungkin akan banyak kejutan semasa persembahan antaranya jemputan khas dari artis idolanya.


Namun siapakan itu masih menjadi rahsia, konsert Ella dijangka akan berlangsung selama satu malam sahaja dengan gabungan unik dengan elemen band dan orchestra.

Menurut Ella, Konsert pada kali ini juga mempersembahkan lagu-lagu yang tidak pernah dimainkan di mana-mana konsert sebelum ini.

‘’Kelainannya apabila konsert orkestra tapi ada unsur rock and roll, tapi macam mana susunannya, anda kena bayangkan.

“Anda juga akan terperanjat kerana saya akan bawa lagu yang anda sendiri tidak pernah dengar.
“Untuk jelaskan lebih terperinci belum lagi kerana kami masih dalam fasa merancang.

“Selain itu, akan ada kejutan artis jemputan. Ini adalah artis yang saya pilih sendiri malah dia adalah idola saya,” katanya dalam satu sidang media di Ruman Nusantara, Sunway Putra Hotel.

Terdahulu, Ella merupakan pemegang rekod ‘Malaysia Book Of Records’ berjaya menjual 10,000 tiket dalam masa kurang 24 jam.

Pada tahun lepas Ella baru sahaja selesai mengadakan konsert Siri jelajah malah sambutan sangat memberangsa kan dari para peminatnya.

Artikle Berkaitan :>

Takkan Rockers Takut Hujan, Konsert Search Rockin On Rooftop Super Gempak!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button