Tanpa sebarang kemalangan SOCC berjaya kekal rekod 10 juta
SYARIKAT SOCC Holding Sendirian Berhad (SOCC Offshore) yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu masih mengekalkan rekod masa 10 juta tanpa sebarang insiden kemalangan biarpun berada di atas kapal perairan.
Bermula berpangkalan di Miri Serawak sejak 1983 berteraskan perniagaan dari pelbagai Industri seperti pemakanan, latihan, Pendidikan, oil dan gas, hiburan dan pelancongan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan, masih mengekalkan kualiti dan jaminan keselamatan walaupun sudah mencapai sasaran.
“Perniagaan katering luar pesisir ini berpotensi besar untuk tempoh jangka masa panjang, cuma kualiti perkhidmatan dan keselamatan makanan adalah kekuatan kita yang membuatkan masih mampu bertahan sehingga kini.
“Walaupun sudah mencapai 10 juta jam, tanpa sebarang insiden, tanda aras ini cukup sensitif untuk diperkatakan, dan prestasi baik ini perlu dikekalkan untuk kami terus bertahan dan berdaya saing dalam industri.
“Begitu juga tempoh penghantaran stok bahan mentah mengikut musim. Biasanya sampai dua tiga hari, tetapi musim monsun mengambil masa dua tiga minggu.
“Jadi kita kena pastikan kualiti bahan mentah, dalam masa yang sama tidak menyebabkan pekerja luar pesisir kebuluran,” katanya dalam sidang media ketika Majlis Rumah Terbuka SOCC pada baru-baru ini.
Untuk rekod, SOCC Offshore menguasai 14 peratus pegangan ‘market share’ industri katering di pelantar minyak pesisir pantai negara, dan salah satu yang terbesar setakat ini.