Ekonomi

3 usahawan OKU dinobatkan sebagai pemenang SAY

Program Selangor Youth Community (SAY) yang diusahakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhal, Raja Muda Selangor kembali membawakan usahawan OKU yang layak ke separuh akhir di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya semalam.

Liga usahawan pada kali ini sudah pun masuk ke edisi kelima, tiga peserta bertuah terpilih dan dinobatkan sebagai pemenang serta membawa pulang geran perniagaan.

Pemenang pertama dimenangi oleh Ahmad Anda merupakan OKU fizikal menjalankan perniagaan minuman kesihatan dan membawa pulang geran perniagaan RM4,000.


Manakala pemenang kedua oleh Mahmud Rasul iaitu OKU fizikal juga membuat biskut melayu tradisional dan moden membawa pulang wang tunai RM3,000.

Bagi tempat ketiga pula Sazman Nazlee Adha Mohd AliOKU fizikal, menyediakan perkhidmatan jurugambar bagi majlis acara rasmi dan tidak rasmi membawa pulang RM2,000.

Bagi kesemua pemenang mereka layak menyertai SAY LEAD iaitu program bimbingan selama setahun dalam mengambangkan perniagaan di pasaran baru mahupun pendigitilan pasaran seterusnya eksport ke luar negara.
Dalam pada itu pihak SAY turut meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unit Perkhidmatan OKU (UPO UITM). Kerjasama ini telah dilaksanakan sejak tahun 2021. Hasil daripada kerjasama ini, pihak UPO UITM telah berjaya menghasilkan 5 kertas kajian yang berimpak. Matlamat pihak SAY adalah agar kerjasama ini dapat membentuk satu kerjasama yang holisitik dan inklusif demi pembangunan OKU Negeri Selangor.

Artikle Berkaitan :>

Tiga usahawan OKU fizikal dinobatkan sebagai pemenang dalam program SAY

3 Usahawan wanita terima geran perniagaan bernilai RM3,000 dalam Liga Usahawan Wanita Selangor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button