Ekonomi

Tiga usahawan OKU fizikal dinobatkan sebagai pemenang dalam program SAY

Selangor Youth Community (SAY) kembali dengan Liga usahawan Orang Kurang Upaya, tiga pemenang OKU dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 untuk pusingan akhir dan membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Liga Usahawan OKU Malaysia merupakan inisiatif SAY,yang diasaskan oleh Tengku Amir Shah. Dalam program ini disertai usahawan cacat fizikal, autism, pekak, buat dan mental dari Selangor, Kuala LUMPUR, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.

Tempat Pertama Liga Usahawan OKU Malaysia dimenangi oleh Pn Nor Zaidah binti Ab Rahman iaitu OKU fizikal mengeluarkan produk Blaus Batik dan Tanjak. Beliau bangkit semula selepas kemalangan yang pernah terjadi pada dirinya sehingga tidak mampu berjalan dengan hanya berkerusi roda sahaja.

Tempat Pertama Liga Usahawan OKU Malaysia dimenangi oleh Pn Nor Zaidah binti Ab Rahman iaitu OKU fizikal mengeluarkan produk Blaus Batik dan Tanjak

Namun siapa sangka usahawan ini mengajar dalam bidang jahitan di tiga institusi Kolej Komuniti Kuala Pilah, Kolej Komuniti Jempol dan Polititeknik Port Dickson.

“Idea untuk buat tanjak ini apabila melihat lelaki berpakaian segak dan saya belajar membuat tanjak yang pertama adalah seorang perempuan. Buat tanjak ini juga menaikan jati diri melayu itu sendiri.

“Selepas menyertai program ini, perniagaan saya semakin melonjak dapat belajar Strategi pemasaran, kekalkan momentum dan semangat juang yang tinggi dan apabila sudah berjaya perlu berikan bantuan semula kepada masyarakat.” Luahnya.

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Lailatol Mawa Mohd Noh menjahit tote bagBook Cover dan Table Runner dengan jenama Lyla Rose, beliau yang merupakan OKU fizikal dan survival kanser sangat gembira apabila diumumkan mendapat tempat dalam program ini.

Lailatol Mawa Mohd Noh menjahit tote bag, Book Cover dan Table Runner dengan jenama Lyla Rose

“Bila dapat pengiktiran ini saya rasa terharu dan tidak menyangka akan mendapat tempat, selepas sihat daripada kanser, saya tidak boleh terus down kena bangkit juga dan menjahit adalah minat saya, perniagaan ini bermula dari permintaan rakan-rakan.

“Melalui Say Lead Program ini adalah satu titik permulaan untuk saya bangkit dan saya manfaatkan apa yang pengajar berikan ilmu contohnya daftar syarikat, uruskan akaun syarikat dan lain-lain.” Jelasnya.

Tempat ketiga pula, milik usahawan Nurzakiah Dzulkifli mengeluarkan minyak wangi merupakan OKU fizikal sejak 10 tahun, menyertai program Say Lead banyak ilmu yang beliau belajar.

Nurzakiah Dzulkifli mengeluarkan minyak wangi

“Alhamulilah dan sangat gembira kerana bimbingan daripada mentor sangat mahal dan saya manfaatkan sebaik mungkin daripada mereka yang pakar dalam industri.” Jelasnya.

Ketiga-tiga pemenang ini membawa pulang trofi dan geran tambahan sebanyak RM2,000.

Artikle Berkaitan :>

3 Usahawan wanita terima geran perniagaan bernilai RM3,000 dalam Liga Usahawan Wanita Selangor

Ujian pengesan ‘babi’ dinobatkan sebagai pemenang dalam liga usahawan Selangor

Exco Keusahawanan Selangor buka peluang perniagaan wanita B40 dan asnaf

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button