Nasional

Covid-19: 8,000 sembuh, kes aktif turun 408 orang

HARI ini genap 8,000 pesakit Covid-19 sembuh dengan jumlah terbaharu pulih seramai 147 orang menjadikan 93.8 peratus daripada 8,529 pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah kes aktif Covid-19 juga menunjukan penurunan ketara kepada 408 orang yang masih dirawat di hospital. Empat daripada mereka dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah, bilangan kes baharu yang dijangkiti hari ini seramai 14 orang dengan tiga kes adalah kes import.  Seramai 11 orang lagi mangsa penularan tempatan dengan empat kes melibatkan warganegara Malaysia dan tujuh lagi warga asing.

Tiada rekod kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah seramai 121 orang. -SM

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button