Politik

Calon BN PRK Chini bukan anak Najib

SEBELUM ini diuar-uarkan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya anak bongsu Ahli Parlimen Pekan itu Mohd. Nizar akan bertanding bagi mengisi kekosongan di Dewan Undangan Negeri Chini.

Bagaimanapun spekulasi itu meleset apabila  seorang anak peneroka Felda dan anak tempatan, Mohd Sharim Md Zain akan bertanding sebagai calon BN.

“Seorang anak peneroka Felda dan anak tempatan. Kepada penduduk Chini, saya dengan ikhlas meminta saudara-saudari.

“Undilah Mohd Sharim Md Zain. Undilah Barisan Nasional. Perjuangan rakyat tetap kita teruskan!” kata Najib di Facebooknya sebentar tadi.

Mohd Sharim, 41 tahun merupakan generasi kedua anak peneroka dengan pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.

Beliau merupakan seorang peniaga,Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan.

Penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarkih penamaan calon pada 20 Jun dan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada 4 Julai.

SPR turut menetapkan tarikh bagi hari pengundian awal adalah pada 30 Jun.

Pakatan Harapan telahpun mengumumkan mereka tidak akan bertanding dalam PRK Chini.-SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button