fbpx
Nasional

Kerajaan beli 12.8 juta dos vaksin Covid-19 dari Pfizer

MALAYSIA akan mempunyai bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 12.8 juta dos yang dibeli dari syarikat farmaseutikal Plizer.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Pfizer akan menghantar sebanyak 1 juta dos bagi suku pertama tahun depan dan disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku kedua.

Pada suku ketiga, negara akan menerima 5.6 juta dos lagi seterusnya 4.3 juta dos pada suku keempat tahun.

Katanya, sejumlah 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat keperluan imunisasi melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri Kesihatan dengan syarikat tersebut pada 24 November lalu.

“Perjanjian ini bertujuan untuk memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, kesematan dan keberkesanan disamping menjamin akses kepada vaksin tersebut sekiranya sedia untuk diedarkan oleh pihak syarikat,” kata Muhyiddin.


Pada 9 November lalu, syarikat tersebut menyatakan analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut adalah sebanyak 95 peratus.

Muhyiddin berkata, syarikat itu bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat sebelum boleh dieksport ke Malaysia.

Syarikat tersebut juga perlu mendapatkan kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sebelum vaksin tersebit boleh digunakan di Malaysia.

Pada 22 November lalu, Malaysia melalui Menteri Kesihatan telah mendatangani perjanjian dengan COVAX untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

Menurut Muhyiddin, KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovaso masih giat meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Ini bagi membolehkan negara mendapatkan akses kepada vaksin Covid-119 yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button