Nasional

Malaysia, Indonesia, Brunei desak Sidang Khas PBB henti keganasan Israel

Malaysia kecewa sikap Majlis Keselamatan PBB terhadap keganasan Israel

Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal untuk mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap rakyat Palestin.

Malaysia juga kecewa terhadap majlis itu yang gagal menggesa Israel untuk menghentikan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sidang video semalam merupakan sesi ketiga Majlis Keselamatan PBB dalam minggu ini.

Bagaimanapun sehingga kini Majlis Keselamatan tersebut dan masih belum mengeluarkan satu kenyataan pun mengenai situasi semasa di Palestin.

Serentak itu, Malaysia bersama-sama Indonesia dan Brunei mendesak PBB untuk adakan segera Sesi Khas bagi menghentikan konflik di Palestin.


“Atas sebab ketiadaan sebarang tindakan daripada Majlis Keselamatan PBB – Malaysia, selaras dengan kenyataan bersama Negara Brunei Darussalam dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan konflik di Palestin. PBB perlu mendesak Israel mematuhi undangundang antarabangsa serta Piagam PBB.

“Sekali lagi, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh regim Israel ke atas rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

“Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan berterusan oleh tentera Israel serta pengusiran rakyat Palestin yang menetap di kawasan Sheikh Jarrah dan Silwan di Baitulmaqdis,” kata Hishmmuddin dalam satu kenyataan media.

Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan sesekali mengiktiraf tindakan pencerobohan dan rampasan tanah milik rakyat Palestin bagi tujuan perluasan penempatan haram Israel.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Malaysia menekankan tiga perkara penting menerusi perbahasan terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sidang video atau Video TeleConference (VTC) mengenai keadaan di Palestin semalam.

Malaysia menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB bertindak segera dan memikul tugasnya yang
termaktub di bawah Piagam PBB.

Majlis Keselamatan PBB juga perlu tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh regim Israel ke atas Palestin.

Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan yang terkandung dalam laporan Setiausaha Agung pada tahun 2018, A / ES-10/794, mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.

“Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan,” kata Hishammuddin.-SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button