Berita

Fahmi Fadzil mahukan penjelasan dari pihak META

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam tindakan Meta kerana menurun bahan yang dimuat naik berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan pemimpin Hamas di Qatar semalam.

“Saya kecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan meminta penjelasan daripada pihak Meta.

“Saya juga akan membangkitkan isu ini bila bertemu dengan platform-platform media sosial pada bulan Jun nanti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita, akaun Malaysia Gazette dinyah aktif sehingga terpaksa membuka akaun baharu hanya kerana menaikkan “footage” berkaitan Palestin bulan lepas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button