Analisis

Refleksi pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu

 

*SBA | 12 May 24.*

1. Keputusan PRK KKB semalam memperlihatkan Calon DAP menang dengan majoriti 3,869 undi, dengan mendapat sokongan 14,000 undi.

PN mampu meraih 10,131 undi sahaja.

2. Dari Refleksi keputusan Pilihanraya Kecil ini memperlihatkan sokongan *PERIKATAN NASIONAL* tidak berubah.

*HANYA SUSUT* sedikit, iaitu berkurangan *628 undi sahaja.*

Manakala Undi Calon DAP juga dilihat *SUSUT 862 undi.*

3. Undi Majoriti Calon DAP juga *SUSUT* dari 4,119 pada 2023 kepada majoriti 3,869 pada 2024 ini.

Penyebab susutnya majoriti undi dan sokongan kepada kedua-dua Calon adalah kerana *Peratusan Keluar Mengundi Rendah* hanya *60.83% peratus* sahaja.

4. Apa yang penting, Pilihanraya Kecil ini membuktikan Dua perkara iaitu ;

(i). *JURANG PERBEDAAN ANTARA KAUM.*
Jurang perbedaan antara kaum (The Nation divided) Melayu dan Cina bertambah lebar.

Orang-orang Cina dilihat mengundi mengikut Garisan Kaum dan Bangsa mereka iaitu Calon Cina DAP.

Manakala, Orang-orang Melayu pula dilihat menyokong Calon Melayu daripada Perikatan Nasional.

(ii). *RAKYAT KURANG KEYAKINAN KEPADA KERAJAAN PERPADUAN.*
Rakyat dilihat kurang yakin dengan Kerajaan Perpaduan ini.

Sekiranya *Keyakinan Rakyat Tinggi* terhadap Kerajaan Perpaduan ini, pasti jumlah Peratus yang keluar akan lebih tinggi.

Hanya *60.83% peratus* yang keluar mengundi, membuktikan bahawa Rakyat Mual, Feed-Up dan Tidak Berminat untuk mengambil bahagian didalam Pilihanraya Kecil ini kerana Pilihanraya Kecil ini tidak akan dapat mengubah Kerajaan Persekutuan yang lihat GAGAL setakat ini.

5. Pengundi-pengundi India juga dilihat tidak ramai yang keluar mengundi walaupun mereka tahu undi mereka jadi penentu.

Akhirnya, pengundi-pengundi India membiarkan penyokong-penyokong PN berlumba dengan penyokong DAP-UMNO dalam Pilihanraya Kecil ini, tanpa penglibatan mereka.

6. Walaupun Asyraf Wajdi Claim bahawa UMNO telah berjaya merampas kembali 6 Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu tetapi hakikat fakta sebenarnya majoriti Orang-orang Melayu dan Ahli-Ahli UMNO *Tidak Keluar Mengundi* menyebabkan peratusan undi rendah.

Orang-orang Melayu dilihat lebih rela mematikan diri (tidak keluar) daripada mengundi Calon DAP.

Naratif Politik daripada Perikatan Nasional belum dapat meyakinkan mereka untuk *BERHIJRAH*, mereka masih sayangkan UMNO.

Konsep *BERPINDAH RUMAH* yang disebut oleh Tan Sri Noh Omar didalam ucapan beliau di Ceramah-ceramah Perikatan Nasional pada Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baharu ini amat menarik tetapi belum lagi *MENUSUK KALBU* (masuk dalam hati) Orang-orang Melayu.

Berkemungkinan pada Pilihanraya Umum ke 16, Senario ini akan berubah.

Apa pun, kematangan politik memperlihatkan kesemua pihak menerima keputusan Pilihanraya Kecil ini dengan hati yang terbuka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button