Analisis

Nisbah lelaki di Malaysia kini lebih tinggi dari berbading perempuan

JIKA dahulu kita sering mendengar kaum hawa lebih ramai berbading kaum adam kini menurut data laporan terkini yang dikeluarkan oleh perangkaan demografi bagi ST1 2024 dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 pada ST1 2024 daripada 17.4 (ST1 2023).

Manakala bagi jantina perempuan pula meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.

Memetik dari artikle Majoriti, Rakyat Malaysia dianggarkan berjumlah 24 juta pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024), meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023) iaitu seramai 33.2 juta penduduk.

Menurut ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah penduduk tersebut merangkamu 30.6 juta (90 peratus warganegara, manakala 3.4 juta (10 peratus) lagi bukan warga Malaysia.

Jelasnya, penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta pada ST1 2024 daripada 17.4 juta (ST1 2023) manakala perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Ujar Mohd Uzir, penduduk Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada ST1 2024 (ST1 2023: 17.6 juta) manakala penduduk Cina, bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 22.6 peratus, 12.2 peratus dan 6.6 peratus.

Katanya lagi, jumlah kelahiran hidup pada ST1 2024 juga merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus atau 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada ST1 2023.

Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 323 kelahiran,” katanya

Mengulas mengenai angka kematian, beliau memaklumkan, sebanyak 47,964 kematian direkodkan pada ST1 2024.

Berdasarkan jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 7,730 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian.

“Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian (71 peratus), diikuti 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), 15 hingga 40 tahun (7 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (2.2 peratus),” jelasnya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button