Nasionalpilihan

PM Anwar melawat Republik Kyrgyz

SELEPAS selesai dalam lawatan rasmi di Qatar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz.

Beliau turut diiringi delegasi kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Menteri dalam usaha mengukuhkan hubungan selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara.

“Sayugia, Republik Kyrgyz ini adalah negara pertama dikunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.

“Beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan ini sebelum saya dan delegasi berlepas ke destinasi berikutnya iaitu Kazakhstan,” katanya di platform X.

(Visited 13 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button