Nasionalpilihan

Perairan negara selamat dari ancaman jenayah – Saifuddin

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan Zon Maritim Malaysia selamat daripada sebarang ancaman jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini dibuktikan apabila OP KHAS PAGAR LAUT yang dilaksanakan sebanyak empat fasa bermula

12 Mac lalu telah mencatatkan sehingga hari ini sebanyak 173 kes tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM15 juta.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Perjumpaan YB Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia semalam.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar serta Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Saifuddin terdahulu turut berkata, bagi memastikan pengoperasian Maritim Malaysia dipertingkatkan, Kerajaan kini dalam proses perolehan aset baharu iaitu empat buah helikopter kepada pihak Maritim Malaysia disamping bakal menerima sebuah kapal peronda dari US Coast Guard pada tahun ini.

Pada majlis yang sama Saifuddin telah berkesudian menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat dengan insiden helikopter AW 139 miliknya yang telah melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa baru-baru ini.

Mengulas lanjut berkaitan data yang dirakam oleh kotak hitam pesawat malang terbabit, Datuk Seri Saifuddin menjelaskan Maritim Malaysia membuat keputusan menghantar kotak hitam itu terus kepada syarikat pengeluar helikopter terbabit di Itali berikutan terdapat kesan kerosakan yang memerlukan kepakaran syarikat berkenaan. – SM

Artikel berkaitan > Samun Syawal, lima individu berjaya ditahan Maritim Malaysia

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button