NegeriTravel

Raja Muda pelawa agamawan 6 Wilayah Andaman hadir Perkampungan Sunnah

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis iaitu Kurma Daging Perlis di Restoran Krua Bang Phat, Phang Nga, Thailand.

PERKAMPUNGAN Sunnah akan kembali berlangsung bermula 3 sehingga 5 Mei 2024 di Masjid Alwi di Kangar.

Golongan agamawan dari Selatan Thailand khususnya 6 Wilayah Andaman meliputi Ranong, Phang Nga, Phuket, Krabi, Trang dan Satun yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dialu-alukan untuk beramai-ramai bertandang ke Perlis menghadiri Perkampungan Sunnah siri ke-9 bagi tahun 2024 ini.

Rakyat Islam Selatan Thailand merupakan antara pengunjung yang akan menghadiri Perkampungan Sunnah pada setiap edisi namun Baginda menzahirkan agar jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa agar segala perkongsian di program ini akan dapat dibawa pulang dan dikongsikan kepada umat Islam lain di kawasan masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat dengan menaiki bot bagi melancarkan Promosi Masakan Perlis iaitu Kurma Daging Perlis di Restoran Krua Bang Phat, Phang Nga, Thailand.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis berupa Kurma Daging Perlis di Restoran Krua Bang Phat, Phang Nga, Thailand.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Promosi tersebut merupakan anjuran restoran tersebut dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Restoran Miza di Kampung Gial Perlis. Tambah istimewa pada kali ini juadah dimasak sendiri oleh Ketua Penyelaras Malaysia bagi Jaringan MAIPs dengan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman, Datuk Zul Aznam Haron dan Pengusaha Restoran Miza, Ashidan Mat Isa.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut meriah bagi melancarkan Promosi Masakan Perlis iaitu Kurma Daging Perlis di Restoran Krua Bang Phat, Phang Nga, Thailand.

Untuk rekod, Perkampungan Sunnah ini juga merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja umat Islam di Malaysia dan Thailand, malah negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Kemboja dan beberapa negara lain lagi.

Majlis penutupan Perkampungan Sunnah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) tahun ini akam disempurnakan oleh Raja Muda Perlis pada 5 Mei ini mulai pukul 9.30 malam. – SM

BACA Raja Muda lancar Kurma Perlis di Hotel Le Erawan, Phang Nga

BACA Kerjasama dalam pasukan penting ketika bertugas – Raja Muda Perlis

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button