NasionalNegeri

UniMAP perkenal Gala Gemilang Media hargai jasa pengamal media Perlis, Kedah

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Gala Gemilang Media (GGM) yang sebelum ini dikenali Malam Mesra Media yang direalisasikan khas bagi menghargai sumbangan dan sokongan pengamal media khususnya rakan-rakan media di Perlis atau Kedah.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli berkata, ini memandangkan rakan-rakan media telah menjalankan peranan yang cukup besar kepada UniMAP.

Zaliman (kiri) bersama pemenang pakaian pahlawan, Syed Azlan (Kosmo) dan Suara Merdeka (pakaian serikandi) di Malam GGM di UniMAP Pauh Putra malam tadi.

“Hasilnya nama UniMAP sentiasa terpampang di dada akhbar, Internet mahupun di corong radio dan skrin televisyen,” katanya ketika berucap di GGM 2022 di Dewan Senat, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, malam tadi.

Zaliman berkata, jika tiada aral, GGM akan diadakan sebagai program tahunan sepertimana program- program tahunan UniMAP yang lain supaya sinergi antara kedua-dua pihak terus segar sekaligus mewujudkan senario yang membawa manfaat kepada semua.

Zaliman berkatq, sempena GGM kali ini, terdapat tujuh anugerah diberikan kepada rakan-rakan media yang telah menghantar penyertaan sebelum 17 Ogos lalu.


Sementara itu pemenang bagi Anugerah Liputan Berita Terbaik Bahasa Melayu 2021 disandang oleh Aizat Sharif dari Berita Harian dengan tajuk “UniMAP azam jadi Universiti Awam (UA) pilihan”.

Anugerah Liputan Berita Terbaik Bahasa Cina 2021 pula disandang Gee Hui Lan dari Kwong Wah Yit Poh bertajuk “UniMAP lancar siri pendaftaran Khas UR1-UR9999”.

Zaliman (berdiri) bersama media yang hadir pada malam GGM di UniMAP Pauh Putra, malam tadi.

Manakala Anugerah Liputan Berita TV Terbaik 2021 pula oleh Amira Suriani Che Mohamad dan Mohd Harith Rosli dari Didik TV, Media Prima bertajuk “UniMAP benar pelajar guna makmal komputer alternatif jalani PDPR”.

Bagi Anugerah Liputan Rencana Terbaik 2021 pula oleh Chong Keat Yin dari Sin Chew Daily bertajuk “UniMAP menyenaraikan 10 indikator bagi meningkatkan reputasi universiti”.

Anugerah Khas Liputan Terbanyak 2021 pula dimenangi RTM.

Sementara itu penerima setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.

Sementara itu, GGM 2022 ini yang memilih tema filem Mat Kilau di mana semua tetamu berpakaian pahlawan bagi lelaki dan srikandi untuk wanita.

Wartawan Suara Merdeka pula telah dipilih pemenang kategori pakaian srikandi manakala pakaian pahlawan oleh Syed Azlan Sayed Hizar dari Kosmo. Masing-masing menerima hadiah tajaan Habib Jewel berupa “Gold Wafer”. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button