NasionalNegeri

Perlis cari pelabur bangunkan tapak projek KCC yang ditamatkan

PERLIS giat cari pelabur bagi membangunkan semula tapak Kangar City Centre (KCC) di Persiaran Jubli Emas, Kangar yang ditamatkan projeknya.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ini kerana Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) akan meneruskan pembangunan di tapak lokasi ini.

 

“Pelabur baharu perlu dicari kerana PKENPs telah menamatkan Perjanjian Usahasamanya dengan Syarikat Safuan Group Berhad bagi projek KCC sebelum ini,”katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji).

Projek KCC bernilai RM368 juta juta ini dikatakan bakal menjadi mercu tanda di Perlis telah dilancarkan pada 14 Februari 2017 dan dijangka siap 2020.

Projek yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 1.58 hektar berdekatan Hotel Putra Regency ini membabitkan tiga blok setinggi 42 tingkat.

Ia juga dijangka akan dilengkap dengan hotel bertaraf lima bintang, pusat persidangan, pusat rekreasi, pusat membeli-belah serta 10 cineplex. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button