EkonomiNasional

Bekas MB Perak bakal Pengerusi MAHB?

WUJUD desas-desus mengatakan tempat Tan Sri Zainun Ali dalam Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bakal diganti tidak lama lagi.

Orang yang disebut-sebut bakal menjadi pengerusi syarikat operator lapangan terbang itu adalah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul kadir.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu dikatakan sebagai pengganti kepada lantikan Zainun yang dibuat Pakatan Harapan (PH).

Zainun yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik menjadi Pengerusi MAHB ketika PH menjadi kerajaan iaitu pada 18 Januari 2019.

Pelantikan beliau ketika itu menggantikan Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail sekali gus menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi MAHB.

BACA > ‘The Man From Nowhere’ bakal ke Hollywood – Suara Merdeka

The Edge Markets yang memetik sumbernya memaklumkan pelantikan Zambry dibuat ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menukar semua kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Terdahulu, PN selepas mengambil alih kerajaan pada Mac lalu membuat pertukaran besar-besaran kepimpinan dalam GLC .

MAHB
ZAINUN ALI

Tindakan sedemikian mencetuskan kontroversi dan kritikan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana pelantikan tersebut melibatkan kemasukan ahli politik dalam pengurusan GLC.

Bagaimanapun, pelantikan dalam kalangan Ahli Parlimen dan kepimpinan parti itu disifatkan sebagai langkah mengukuhkan sokongan terhadap Muhyiddin.

MAHB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki pemegang kepentingan terbesarnya iaitu Khazanah Nasional sebanyak 33.21 peratus.

BACA > Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Pulau Pinang – Suara Merdeka

Sementara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang kedua terbesar dengan jumlah pegangan sebanyak 14.63 peratus.

MAHB merupakan operator di semua lapangan terbang seluruh negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Selain itu, MAHB turut mengendalikan sebuah lapangan terbang di Turki iaitu Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA).

MAHBISGIA merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Turki mengendalikan lebih 30 juta penumpang setahun.

Pada tahun 2014 dan 2015, Limak Group of Turkey (Limak) dan GMR Infrastructure Limited (GMR) melepaskan sebahagian pegangan dalam ISGIA.

BACA > Surat sokongan: Zaman PN, timbalan menteri dah cukup power – Suara Merdeka

Pelepasan itu menjadikan MAHB sebagai pengedali lapangan terbang pertama di Asia memiliki sepenuhnya lapangan terbang Eropah. – SM

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button