Politik

Kit Siang ingin tahu siapa dimomok lebih teruk berbanding dirinya

AHLI Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang ingin mengetahui siapa lebih teruk dimomokkan berbanding dirinya.

Sepanjang beliau bergelumang dalam politik, Penasihat DAP itu berkata, dia telah dituduh dan difitnah dengan pelbagai perkara dan isu termasuk sebagai seorang komunis dan merupakan saudara kepada Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

“Saya teringin untuk mengetahui jika ada sesiapa yang telah dimomokkan pada tahap yang lebih teruk berbanding dengan 55 tahun perjuangan politik saya.

“Dalam dekad yang lepas, saya pernah dituduh sebagai seorang komunis, tidak cukup dengan itu, saya juga dituduh sebagai seorang saudara kepada Chin Peng, tetapi penulis fitnah-fitnah ini tidak menyedari yang dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang saya bertanding, pasukan “komunis” tersebut sedang giat berkempen untuk memastikan kekalahan saya dan juga DAP,” kata Kit Siang.

Beliau berkata demikian dalam tulisan yang dikongsi di blognya hari ini.

Penasihat DAP itu berkata, dia juga telah dituduh lahir di China dan kemudian berenang ke Malaysia semasa berumur 17 tahun tanpa mengambil kira hakikat yang dia sebenarnya telah bersekolah rendah dan menengah di Batu Pahat, Johor.

Malah menurut Kit Siang, dia juga dituduh sebagai merancang kempen Kristianisasi untuk mengubah Malaysia kepada negara Kristian sedangkan dia bukan beragama Kristian.

Kit Siang turut mendakwa dia telah dituduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sedangkan tidak ada seketul pun tulang dalam dirinya yang bersifat anti-Melayu mahupun anti-Islam.

Kit Siang berkata, selain dirinya, anaknya Lim Guan Eng dan cucunya turut tidak terkecuali daripada menjadi sasaran. Kini menurut Kit Siang, menantunya, Betty Chew pula menjadi sasaran di media sosial.

“Kini tentera siber UMNO sedang cuba pula untuk menggambarkan Betty Chew seperti seorang Rosmah 2.0.

“Perkara ini telah memberikan inspirasi kepada seorang netizen untuk bersatira seperti berikut:

“Pihak SPRM dan Polis telah menggeledah rumah Betty Chew. Pihak berkuasa merampas barang-barang berharga berikut, antaranya, berkotak-kotak buku terbitan Mills and Boons dan buku-buku Enid Blyton, pelbagai jenis pengikat rambut, sudu garpu serta set pinggan mangkuk (dengan kesan retak), perabut Formica, sejumlah besar terompah kayu Cina, kelim kuih kapit, beg tangan PVC, pengeriting rambut, alatan memasak, dan setengah botol minyak masak berjenama Knife dan pelbagai lagi barang-barang yang didakwa berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan beliau. Teruk sekali! Pemandu lori yang dilantik oleh SPRM, Ahmad, telah bertanya kepada pihak SPRM “Ini barang nak hantar ke pejabat atau tempat besi buruk Ramasamy?” tulis Kit Siang.

Menurut Kit Siang kini bukanlah masanya untuk untuk politik dendam picisan.

Sebaliknya masa yang ada adalah untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang tempat, umur, mahupun jantina, bersama menyelamatkan negara dengan satu azam dan perspektif yang dikongsi bersama

Betty isteri kepada Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Butterworth esok mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Sementara Guan Eng sendiri telah didakwa pada Jumaat lalu dan hari ini berkaitan tuduhan menerima suapan melibatkan sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.-SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button