NasionalNegeri

Anak MB Perlis bersama empat individu direman sehari lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dapat menyambung sehari lagi reman bagi meneruskan sisasatan terhadap kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000 yang melibatkan anak Menteri Besar Perlis.

Bagaimanapun Majistret Ana Rozana Mohd Nor hanya membenarkan perintah reman itu ke atas lima individu saja hari ini.

Semalam Ana Rozana telah membenarkan perintah reman ke atas enam individu selama dua hari yang berakhir hari ini.

Seorang penjawat awam yang berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah dilepaskan hari ini.

Permohonan reman hari ini juga telah dikemukakan oleh pegawai penyiasat SPRM Putrajaya, Chin Ching Yuen yang ditemani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nik Haslinie Hashim.

Menurut sumber SPRM, siasatan kes ini dijalankan adalah berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di Perlis sejak 2022.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang sedang atau tidak dilaksanakan sepenuhnya serta tidak memenuhi spesifikasi.

Katanya, kesemua suspek dipanggil untuk memberi keterangan antara pukul 7 hingga 8 pagi di sekitar Perlis sebelum ditahan pada pukul 7 malam kelmarin.

Kesemua suspek diwakili oleh peguam Mohd. Fadhly Yaacob. – SM

BACA Anak direman: MB Perlis serah kepada budi bicara SPRM

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button