Nasionalpilihan

Toleransi dan persefahaman penting bagi menyatukan semua perkara – Dominic Lau

PRESIDEN Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Nasional, pemimpin-pemimpin Parti GERAKAN, rakan-rakan media serta orang ramai kerana menyempurnakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perikatan Nasional 2023 di Ibu PGRM Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PAS merangkap Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang dan juga pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional. Mereka telah menunjukkan semangat yang besar dalam perayaan Tahun Baru Cina dengan berpakaian tradisional Cina”Tang Suit”.

“Ini telah menunjukkan bahawa Perikatan Nasional adalah parti gabungan yang berbilang kaum”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas selepas Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perikatan Nasional 2023. Dominic Lau berkata, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali ini dihadiri pelbagai kaum dan agama bagi menyambut perayaan ini bersama.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya. Jadi toleransi dan persefahaman amatlah penting bagi menyatukan semua perkara”

Akhirnya sekali, Dominic Lau berharap Perikatan Nasional menjadi satu gabungan yang dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. – SM

Artikel berkaitan >  GERAKAN bakal ketengahkan 80 peratus muka baharu

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button