JenayahNasionalNegeri

Anak MB Perlis antara 6 direman kes tuntutan palsu RM600,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah reman bagi menahan enam lelaki termasuk seorang anak Menteri Besar Perlis berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ini direman selama dua hari mulai hari ini.

Permohonan reman itu telah dikemukakan oleh pegawai penyiasat SPRM Putrajaya, Chin Ching Yuen yang ditemani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nik Haslinie Hashim.

Menurut sumber SPRM, siasatan yang dijalankan ini berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di Perlis sejak 2022.

Beliau berkata, dua individu yang direman itu adalah penjawat awam dari pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri manakala empat lagi pemilik dan kontraktor.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang sedang atau tidak dilaksanakan sepenuhnya serta tidak memenuhi spesifikasi.

Katanya, kesemua suspek dipanggil untuk memberi keterangan antara pukul 7 hingga 8 pagi di sekitar Perlis sebelum ditahan pada pukul 7 malam semalam.

Kesemua enam suspek diwakili oleh peguam Mohd. Fadhly Yaacob yang sebelum
itu melakukan bantahan terhadap permohonan reman selama tujuh hari ke atas anak guamnya.

Alasannya peguambela kerana penahanan bagi siasatan terhadap anak guamnya telah lebih 24 jam.

Selain itu, kesemua anak guamnya memberi kerjasama baik dan ia bukan melibatkan kes jenayah.

Sementara itu,, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan kesemua enam suspek. – SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button