Politik

UMNO aktifkan ‘war room’ bantu calon Kerajaan Perpaduan

UMNO mengaktifkan ‘war room’ bagi membantu dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Memetik BERNAMA, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
“Saya sendiri telah menemui Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian pada minggu lepas untuk mengaktifkan jentera UMNO. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah bertemu dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam mesyuarat berkelompok pada Ahad lepas.
(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button