Nasionalpilihan

Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata peruntukan itu diluluskan untuk diagihkan khusus bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan termasuk sukan di kawasan berkenaan.
“Saya beri sebab tuan-tuan jaga sangat baik, jaga negeri, duduk secara aman, bagi sokongan jadi saya lulus untuk hari ini.
“Kalau ada apa-apa lagi boleh tulis surat, kita boleh bagi tambahan,” katanya dalam ucapan pada program Jalinan Kasih MADANI Bersama Komuniti Cina Parlimen Tambun di Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan mahu memastikan pentadbiran negara yang adil bagi semua kaum supaya seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak memperoleh faedah yang mencukupi.
Sementara itu, usai meluncurkan Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024, Perdana Menteri berkesempatan ketemu rakyat sejenak di Majlis Perasmian Taman Rekreasi MADANI Woodlands Bandar Baru Tambun.
“Taman Rekreasi MADANI di Taman Woodlands ini merupakan satu daripada 100 di serata negara yang telah dirancang untuk dibina tahun ini.
“Apabila saya acap kali berkata Kerajaan MADANI menjunjung prinsip rahmatan lil alamin, yakni rahmat bagi sekalian alam, ia bukannya untuk kaum manusia sahaja, malahan seluruh makhluk, flora fauna dan alam persekitaran.
“Taman Rekreasi MADANI merupakan ikhtiar Kerajaan untuk memperkasakan pembangunan mampan dan memulihara kehijauan bumi Malaysia.
“Pada masa sama, rakyat juga dapat memanfaatkan Taman Rekreasi MADANI ini dengan beriadah serta beristirahat di sini,” katanya.- SM
(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button