Nasionalpilihan

Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta, Perak.
Dokumen penyerahan itu diserahkan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri Ahmad Fuad Apandi kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) (Sektor Bangunan) Datuk Ir Badioezaman Ab Khalik yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JKR.
Selain Perdana Menteri, turut menyaksikan penyerahan dokumen itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Perdana Menteri turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Raya MADANI bersama Warga Unit Komando 69, Pasukan Gerakan Khas, Ulu Kinta, Perak Program di Perak.
Dalam amanatnya, Perdana Menteri tekankan keperluan memikul amanah dalam tugas masing-masing bagi menjana kejayaan untuk seluruh negara.
“Jika Kerajaan mengurus kewangan dan ekonomi dengan baik, nescaya agensi-agensi penguat kuasa juga mendapat manfaat dan peruntukan bagi melakukan tugas mereka dengan lebih bermutu.
“Contoh kejayaan daripada pengurusan yang baik ini dapat dilihat di tapak majlis ini, yakni Pejabat dan Pusat Latihan Unit Komando 69 Pasukan Gerakan Khas Ulu Kinta, yang juga dikenali sebagai Kem Sultan Nazrin Shah. Kem Sultan Nazrin Shah diilhamkan untuk meningkatkan kedayaan minda dan akal Unit 69 Komando.
“Ia merupakan salah satu pasukan khas terulung Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia, yang diletakkan di bawah elemen Pasukan Gerakan Khas (PGK).
“Saya turut menyaksikan Majlis Penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah di antara pihak JKR dan KDN. Alhamdulillah, pusat latihan ini telah mendapat Sijil Perakuan Siap Kerja pada 14 Februari tahun ini. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan memastikan semua peruntukan Kerajaan tidak lagi diselewengkan bagi manfaat penuh penerima,” katanya. – SM
(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button