Nasionalpilihan

Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim

SEBUAH pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada pukul 9.35 pagi.
Katanya, sebelum itu pesawat yang dinaiki dua individu itu, telah berlepas pada 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.
“Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.
“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat dan kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan. – SM
(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button