fbpx
Nasional

Dakwaan terhadap Guan Eng adalah fitnah

DAKWAAN terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kes terowong dasar laut dikatakan sebagai fitnah.

Malah tindakan penahanan terhadap bekas Menteri Kewangan itu turut dikatakan sebagai bermotif politik.

Hal demikian juga didakwa bertujuan memburukkan DAP sebagai sebuah parti yang korup dan tiada integriti.

“Rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

“Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit.

“Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menjijikan.”

Demikian kata anak Guan Eng, Marcus Lim dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan bapanya dipanggil pihak Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Guan Eng dipanggil dan ditahan bagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Tambah Marcus, beliau yakin ayahnya tidak bersalah dan ini disifatkan seolah-olah sebagai satu perangkap terutama selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Ayah saya telah ditahan pada malam tadi.

“Secara jujurnya, sejak keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan, peristiwa seperti ini telah pun dijangka akan berlaku.

“Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,” tegasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Guan Eng akan berhadapan tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Satu daripadanya di bawah Seksyen 16(a)(A), Akta SPRM 2009 yang akan dibacakan pertuduhannya esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sementara dua lagi kes akan dituduh di Mahkamah Pulau Pinang di bawah Seksyen 32, akta yang sama pada 10 dan 11 Ogos.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat kebenaran daripada Peguam Negara bagu meneruskan pendakwaan terhadap Guan Eng.

Berhubung projek terowong dasar laut itu, Ketua Menteri, Chan Kow Yeow memaklumkan projek infrastruktur berkenaan berjalan lancar.

Ia susulan persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri dengan syarikat SRS Consortium Sdn Bhd.

Dalam temubual bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri sedang menunggu laporan kajian fisibiliti projek berkenaan. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button