Nasionalpilihan

Dua lelaki bawa parang cuba ceroboh Istana Negara

Polis menahan dua lelaki yang yang membawa sebilah paranh telah ditahan kerana dipercayai cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4.40 petang apabila sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong ditahan anggota polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek turut menemukan sebilah parang.

“Susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki berusia 29 tahun dan 37 tahun. Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button