fbpx
Hiburan

Kontroversi buli: Seolhyun AOA teruskan penggambaran drama

Kontroversi buli melibatkan sesama ahli anggota kumpulan KPOP AOA nampaknya mula memberi impak pada kerjaya ahli kumpulan itu.

Selepas pendedahan buli yang dibuat seorang daripada ahli kumpulan itu iaitu Mina hingga ingin membunuh diri, Jimin yang merupakan individu utama dalam kontroversi itu telah menarik diri daripada kumpulan itu.

Terbaharu, Seolhyun yang juga didakwa terlibat dengan membuli Mina telah dimint untuk tidak terlibat dengan drama terbaharu Night And Day.

Namun, drama terbaharu yang bakal disiarkan di tvN dan turut dibintangi oleh Namgoong Min itu akan meneruskan pengambaran seperti biasa bersama Seolhyun.

BACA> Achey syukur rumah impian siap walau banyak rintangan

Menurut portal Soompi, Night And Day sepatutnya ditayangkan pada pertengahan tahun ini dan sedang menjalani penggambaran.


Namun pada awal Julai lalu, Mina menuduh yang dia telah dibuli sewaktu oleh Jimin sewaktu mereka berada di dalam kumpulan AOA.

Nama Seolhyun antara yang disebut oleh Mina sebagai antara yang bersekongkol dengan Jimin dalam membulinya.

Disebabkan kontroversi itu, beberapa netizen nampaknya sudah mula meminta Seolhyun supaya tidak terlibat dengan penggambaran drama itu.

Menurut sumber drama tersebut, proses penggambaran akan diteruskan seperti biasa dan tiada pertukaran watak akan dilakukan.

BACA> Kumpul ‘subscriber’ tinggi tidak jamin pendapatan lumayan

“Kita sedar dengan kontroversi itu tetapi tiada sebarang perubahan daripada segi watak atau jalan cerita setakat ini.

“Kita hanya akan menggugurkan Seolhyun daripada drama sekiranya pelakon itu sendiri yang membuat permintaan untuk keluar,” katanya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button