fbpx
Alam SekitarNegeri

Demi pemuliharaan: 235,497 pokok bakau ditanam di pesisir pantai di Negeri Sembilan

SEJUMLAH 235,497 pokok bakau ditanam di pesisir pantai di Negeri Sembilan dalam usaha pihak Jabatan Perhutanan negeri untuk mengatasi masalah hakisan pandai.

Langkah proaktif ini perlu diambil secara berterusan demi masa depan pemuliharaan pantai untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Pengarah Perhutanan negeri, Saleh Awaludin berkata, penanaman pokok bakau bermula sejak 2005 dan sehingga kini, ia membabitkan keluasan 70 hektar di beberapa lokasi di pantai peranginan di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kawasan atau lokasi terbabit merangkumi Pantai Cahaya Negeri, Kampung Sengkawang, Pengkalan Kempas, Pasir Panjang, Tanjung Agas, Kampung Balak, Lukut (Jeti batu), Sungai Rambai, Kampung Chuah, Sungai Nipah dan Jimah.

“Ia merupakan langkah terbaik dalam usaha memelihara pesisir pantai serta sebagai pelindung semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.


Bagi tahun ini, beliau berkata, pokok paya bakau telah ditanam di tanah kerajaan di Kampung Gelam.

Ia membabitkan kawasan seluas satu hektar dan hutan simpan paya bakau di mukim Jimah seluas 0.5 hektar dengan jumlah tanaman 3,750 batang pokok, kata beliau.

“Kami akan terus giat menjalankan kerja-kerja penanaman pokok paya bakau ini bagi mengurangkan hakisan pantai dengan mewujudkan zon penampan bagi menahan kekuatan ombak dan angin kencang selain berfungsi membantu menjaga ekosistem hidupan marin,” katanya. – SM

 

 

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button