Nasional

Semua pejabat LHDN dibuka mulai esok, operasi terhad sepanjang PKPB

MULAI esok, semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Telekom Malaysia (TM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur dibuka dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan LHDN hari ini, pejabat  lain yang terlibat ialah Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cawangan Wangsa Maju dan Cawangan Siasatan Putrajaya.

LHDN memaklumkan untuk Cawangan Wangsa Maju, waktu operasi kaunter perkhidmatan bagi kaunter setempat (perkhidmatan percukaian).

Dan kaunter duti setem adalah dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari manakala penerimaan bayaran sehingga 12 tengah hari sahaja.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu.

Pejabat-pejabat LHDN sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja sanitasi. – SM

 

(Visited 811 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button