Nasionalpilihan

5,790 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci

SEBANYAK 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang mendapat tawaran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah dan Madinah dengan menaiki 22 penerbangan yang disewa khas Lembaga Tabung Haji (TH).
Perkara itu diberitahu oleh Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Katanya, daripada jumlah itu, 4,403 jemaah haji kini berada di Madinah manakala seramai 1,387 jemaah haji telah sampai di Mekah bermula 14 Mei 2024.
“Alhamdulillah operasi haji untuk musim ini yang bermula pada 9 Mei, terus berjalan dengan baik dan lancar, sama ada di tanah air mahupun di Tanah Suci.
“Jemaah haji KT1 hingga KT5 yang kini berada di Mekah, juga telahpun selesai melaksanakan ibadah umrah dan TH telah merangka pelbagai aktiviti dan sesi bimbingan semasa mereka menanti hari untuk berwukuf di Arafah (15 Jun) nanti,” katanya dalam sidang media bersama petugas media di Ibu Pejabat TH, di Mekah seperti yang dipetik daripada BERNAMA.
Beliau berkata, sebanyak 100 penerbangan sewa khas yang akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia dengan 47 penerbangan, dijadual mendarat di Madinah manakala sebanyak 53 penerbangan lagi akan tiba di Jeddah yang mana jemaah haji akan dibawa terus masuk ke Mekah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button