Politik

Sah, ADUN Amanah lompat ke PKR

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar sah keluar parti Parti Amanah Negara (Amanah) dan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Amanah Selangor Kamarul Hisham Yeop Hashim mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Amanah Selangor memaklumkan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Meru telah keluar dari parti AMANAH untuk menyertai PKR.

“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang beliau terbatal serta merta,” katanya.

Sebelum bergabung dengan Amanah pada akhir tahun 2015, beliau adalah bendahari Pemuda PAS.

Amanah memenangi sembilan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor semasa pilihan raya 2018.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button