Politik

Semua lantikan politik PH dalam GLC dinilai semula

Semua lantikan politik di agensi di bawah kementerian serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dinilai semula.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary berakta, langkah itu diambil supaya pendekatan agensi serta GLC berkenaan dapat diselaraskan dengan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita (kerajaan) akan melaksanakan sebagaimana arahan perdana menteri supaya melihat kembali lantikan politik ini dalam mana-mana agensi dan juga GLC supaya selari dan selaras dengan aspirasi kerajaan baru,” katanya seperti dilaporkan harakahdaily hari ini.

Beberapa agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Satu daripadanya ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang kini diketuai Nik Omar Nik Abdul Aziz. Nik Omar ialah calon Amanah di Kelantan pada PRU ke-14 lalu.

Sebelum ini beberapa pegawai kanan agensi kerajaan dan GLC dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilaporkan meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan mereka.

Antara yang terbaru ialah Noripah Kamso yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Bank Rakyat. Beliau sebelum itu dilantik menggantikan pengerusi terdahulu, Shukry Mohd Salleh, yang juga ketua setiausaha sulit Najib Razak.

Selepas PH membentuk kerajaan pada Mei 2018, gabungan itu memilih golongan profesional dan teknokrat bagi mengetuai agensi pusat serta negeri, selain beberapa GLC.

Sebelum itu kerajaan BN banyak melantik ahli politik serta ahli parlimen mengetuai badan-badan tersebut.

Laporan itu mendakwa masih banyak jawatan kanan lantikan PH dalam agensi kerajaan atau GLC yang belum dikosongkan kerana mereka enggan meletak jawatan.

“Lebih menjengkelkan, mereka bersikap duri dalam daging, antaranya menyerang secara terbuka pendekatan dan peribadi kepimpinan kerajaan dengan biadab, tuduhan dan melulu, sedangkan mereka dikenali dijawatan berkenaan,” kata laporan berkenaan.

Mengenai dakwaan biadab itu, Ahmad Marzuk dilihat mahu mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

“Itu sekiranya benarlah apa yang didakwa ini, tapi saya masih lagi menunggu laporan daripada agensi berkenaan,” katanya. – SM

(Visited 559 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button