Luar Negara

1 maut, 8 cedera insiden tembakan di Barat Laut Washington

Polis buru tiga lelaki Afrika-Amerika

SEORANG maut, sekurang-kurangnya 8 cedera dalam insiden tembakan di Barat Laut Washington, semalam.

Lapor agensi berita Sputnik, kelihatan seperti sembilan orang dikatakan maut…Kami masih menunggu pengesahan mengenai jumlah sebenar,” kata seorang jurucakap polis.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera ialah orang dewasa dengan seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Washington, Peter Newsham berkata, pihaknya sedang meneliti kamera pengawasan untuk mencari bukti bagi membantu siasatan.

Polis juga sedang giat memburu tiga lelaki dipercayai Afrika-Amerika yang dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian.

Insiden berlaku pada petang Ahad di 14th Street dan Spring Road NW, di kawasan Columbia Heights di Washington. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button